Berikut diatas adalah antara surat bantahan yang telah dikemukakan oleh penduduk Segamat terhadap taksiran cukai baru oleh Majlis Daerah Segamat (MDS). Surat bantahan ini yang ditulis oleh Sdr. Foo Kok Yong mempertikaikan tindakan MDS melantik UTM bagi menjalankan kerja-kerja penilaian untuk MDS. Pertikaian inilah yang menjadi persoalan kepada seluruh penduduk didaerah ini berkenaan status penilai yang dilantik oleh MDS samada ianya berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia.
Jawatankuasa Bertindak Pemilik-Pemilik Hartanah Majlis Daerah Segamat (JBPH-MDS) telah membuat semakan dan didapati UTM bukanlah penilai berdaftar. Tindakan MDS ini jelas membelakangkan undang-undang dan berikutan itu JBPH-MDS melalui referandum yang dijalankan berusaha untuk mendesak MDS membatalkan semua nilaian yang telah dibuat. JBPH-MDS juga telah mempertimbangkan usaha untuk membawa ianya kemahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan penilaian yang telah dibuat adalah tidak sah.
Berikut diatas adalah RISALAH BANTAH TAKSIRAN CUKAI MDS didalam versi bahasa Cina. Anda boleh download, cetak dan edarkannya !
• Nilai terlalu tinggi.
• Rumah papan yang lapuk lebih tinggi daripada rumah batu baru.
• Rumah 1 tingkat lebih mahal daripada rumah 2 tingkat
• Penurunan berlaku pada rumah mewah atau baru
Semuanya melambangkan kecerdikan dan kebijakkan pemerintahan UMNO/BN didaerah ini. Jangan merungut anda tuai apa yang anda semai ! Tahniah !
Pelikkan tapi ini adalah benar bukan cobaaan !
Perhatikan rumah tidak berbumbung dan berdinding itu ( Itupun kalau anda merasakan ianya rumah) !

JAWATANKUASA BERTINDAK PEMILIK-PEMILIK HARTANAH MAJLIS DAERAH SEGAMAT ( JBPH-MDS )
Tel : 012-7189494, 019-7070290, 019-7591866, 012-7754698 & 017-7070230
bantahmds.blogspot.com
5 Julai 2006 ( Rabu )
JBPH-MDS amat kecewa sebagai sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, MDS telah secara jelas melakukan kesalahan dibawah peruntukan Seksyen 21(1), Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, 1981, Seksyen 23(1) dan Seksyen 23(1) dengan melantik Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) sebagai perunding bagi melakukan kerja-kerja taksiran dan cukai hartanah didaerah ini.
Dimana dibawah peruntukan seksyen-sksyen tersebut secara jelas dinyatakan bahawa tiada seseorang pun boleh menjalankan amalan penilaian kecuali ianya adalah seorang penilai yang telah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia. Perlantikan UTM sebagai perunding bagi melakukan kerja-kerja taksiran dan cukai hartanah didaerah ini adalah melanggar kepada peruntukkan akta ini, dimana secara jelas dan telah dibuktikan bahawa UTM bukanlah penilai, pentaksir dan ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia.
Maka bertitik tolak kepada prinsip inilah JBPH-MDS bertegas menolak cadangan taksiran cukai hartanah baru yang telah dikemukakan oleh MDS. Bagi JBPH-MDS sebarang usaha penguatkuasaan terhadap taksiran cukai hartanah baru ini adalah satu tindakan yang tidak sah disisi undang-undang.
JBPH-MDS juga secara tegas berpendirian bahawa selaku jawatankuasa bertindak yang mewakili kepentingan pemilik-pemilik hartanah didaerah ini JBPH-MDS akan mengambil segala saluran yang perlu bagi memastikan taksiran cukai hartanah baru yang telah dikemukakan oleh MDS tersebut dihalang penguatkuasaannya.
Berikutan daripada usaha tersebut JBPH-MDS telah melancarkan satu referandum bagi mengisytiharkan senarai nilaian yang telah dibuat oleh MDS sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang. Bagi menggerakkan referandum ini JBPH-MDS akan menganjurkan Roadshow Membantah Penilaian Cukai Hartanah Majlis Daerah Segamat melalui program-program yang dinyatakan dibawah ini :
Tarikh : 7 Julai 2006 ( Jumaat )
Masa : 5.00 – 6.30 petang
Tempat : Kampung Jawa, Segamat Johor
( Rumah Sdr. Kholid Kemeran )
Ahli Panel : Tuan Haji Zulkifli Ahmad,
Penilai Harta ( MA, Property Invesment, City University, London )
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
Sdr. Firdaus Mashod, Peguam
Penasihat JBPH-MDS
Tarikh : 7 Julai 2006 ( Jumaat )
Masa : 7.30 – 9.00 malam
Tempat : JJJ Café beralamat di No. 2 Jalan Muhibbah 2,
Taman Muhibbah, Bandar Utama, Segamat
Ahli Panel : Tuan Haji Muhammad Sabu
Naib Presiden PAS
Tuan Haji Zulkifli Ahmad,
Penilai Harta ( MA, Property Invesment, City University, London )
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
3.Ceramah Membantah Penilaian Cukai Hartanah Majlis Daerah Segamat
Tarikh : 7 Julai 2006 ( Jumaat )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Paya Pulai Segamat
Ahli Panel : Tuan Haji Muhammad Sabu
Naib Presiden PAS
Dato’ Dr. Mahfuz Mohamad,
Pesuruhjaya PAS Johor
Tuan Haji Zulkifli Ahmad,
Penilai Harta ( MA, Property Invesment, City University, London )
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
JBPH-MDS yakin MDS perlu diperingatkan atas sikap ketidakperihatinan terhadap bantahan dan suara yang telah dilontarkan oleh penduduk daerah ini. Tindakan terburu-buru MDS sehingga membelanjakan RM 1 juta ( yuran penilaian kepada UTM ) dengan membelakangkan peruntukkan undang-undang sedia ada perlu dibongkar. Segala bentuk kepincangan, ketirisan dan kemungkinan penyelewengan yang diamalkan perlu didedahkan. Bagi JBPH-MDS ini merupakan satu proses kearah pembentukan sebuah kerajaan yang telus.