Wednesday, July 05, 2006
KENYATAAN MEDIA JBPH-MDS

JAWATANKUASA BERTINDAK PEMILIK-PEMILIK HARTANAH MAJLIS DAERAH SEGAMAT ( JBPH-MDS )
Tel : 012-7189494, 019-7070290, 019-7591866, 012-7754698 & 017-7070230
bantahmds.blogspot.com

KENYATAAN MEDIA
5 Julai 2006 ( Rabu )

REFERANDUM BAGI MENGISYTIHARKAN SENARAI NILAIAN MAJLIS DAERAH SEGAMAT (MDS) SEBAGAI TIDAK SAH.

Jawatankuasa Bertindak Pemilik-Pemilik Hartanah Majlis Daerah Segamat ( JBPH-MDS ) secara tegas menolak cadangan taksiran cukai harta baru yang telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Segamat (MDS). Pendirian tegas ini bukan sekadar berasaskan kepada faktor kenaikan tersebut sesuatu yang membebankan serta kecelaruan kaedah pentaksiran yang diguna pakai oleh MDS tetapi ianya jauh menyentuh kepada aspek perlanggaran undang-undang yang telah dilakukan oleh MDS dalam melaksanakan taksiran tersebut.

JBPH-MDS amat kecewa sebagai sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, MDS telah secara jelas melakukan kesalahan dibawah peruntukan Seksyen 21(1), Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, 1981, Seksyen 23(1) dan Seksyen 23(1) dengan melantik Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) sebagai perunding bagi melakukan kerja-kerja taksiran dan cukai hartanah didaerah ini.

Dimana dibawah peruntukan seksyen-sksyen tersebut secara jelas dinyatakan bahawa tiada seseorang pun boleh menjalankan amalan penilaian kecuali ianya adalah seorang penilai yang telah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia. Perlantikan UTM sebagai perunding bagi melakukan kerja-kerja taksiran dan cukai hartanah didaerah ini adalah melanggar kepada peruntukkan akta ini, dimana secara jelas dan telah dibuktikan bahawa UTM bukanlah penilai, pentaksir dan ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia.

Maka bertitik tolak kepada prinsip inilah JBPH-MDS bertegas menolak cadangan taksiran cukai hartanah baru yang telah dikemukakan oleh MDS. Bagi JBPH-MDS sebarang usaha penguatkuasaan terhadap taksiran cukai hartanah baru ini adalah satu tindakan yang tidak sah disisi undang-undang.

JBPH-MDS juga secara tegas berpendirian bahawa selaku jawatankuasa bertindak yang mewakili kepentingan pemilik-pemilik hartanah didaerah ini JBPH-MDS akan mengambil segala saluran yang perlu bagi memastikan taksiran cukai hartanah baru yang telah dikemukakan oleh MDS tersebut dihalang penguatkuasaannya.

Berikutan daripada usaha tersebut JBPH-MDS telah melancarkan satu referandum bagi mengisytiharkan senarai nilaian yang telah dibuat oleh MDS sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang. Bagi menggerakkan referandum ini JBPH-MDS akan menganjurkan Roadshow Membantah Penilaian Cukai Hartanah Majlis Daerah Segamat melalui program-program yang dinyatakan dibawah ini :

1. Perjumpaan Bersama Masyarakat Melayu


Tarikh : 7 Julai 2006 ( Jumaat )
Masa : 5.00 – 6.30 petang
Tempat : Kampung Jawa, Segamat Johor
( Rumah Sdr. Kholid Kemeran )
Ahli Panel : Tuan Haji Zulkifli Ahmad,
Penilai Harta ( MA, Property Invesment, City University, London )
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
Sdr. Firdaus Mashod, Peguam
Penasihat JBPH-MDS

2. Dialog Membantah Penilaian Cukai Hartanah Majlis Daerah Segamat


Tarikh : 7 Julai 2006 ( Jumaat )
Masa : 7.30 – 9.00 malam
Tempat : JJJ Café beralamat di No. 2 Jalan Muhibbah 2,
Taman Muhibbah, Bandar Utama, Segamat
Ahli Panel : Tuan Haji Muhammad Sabu
Naib Presiden PAS
Tuan Haji Zulkifli Ahmad,
Penilai Harta ( MA, Property Invesment, City University, London )
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

3.Ceramah Membantah Penilaian Cukai Hartanah Majlis Daerah Segamat

Tarikh : 7 Julai 2006 ( Jumaat )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Paya Pulai Segamat
Ahli Panel : Tuan Haji Muhammad Sabu
Naib Presiden PAS
Dato’ Dr. Mahfuz Mohamad,
Pesuruhjaya PAS Johor

Tuan Haji Zulkifli Ahmad
,
Penilai Harta ( MA, Property Invesment, City University, London )
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

Melalui usaha ini JBPH-MDS menjangkakan 4000 referandum akan berjaya dikumpulkan untuk diserahkan kepada MDS bagi tujuan bantahan tersebut. JBPH-MDS juga menegaskan usaha referandum ini adalah langkah pertama kepada usaha untuk membantah cadangan taksiran cukai tersebut. Sebagaimana yang dinyatakan adalah menjadi keazaman kepada JBPH-MDS untuk memastikan taksiran cukai hartanah baru yang telah dikemukakan oleh MDS tersebut dihalang penguatkuasaannya dan untuk tujuan itu JBPH-MDS juga mempertimbangkan tindakan mengikut saluran undang-undang dengan membawa kes ini ke mahkamah.

JBPH-MDS yakin MDS perlu diperingatkan atas sikap ketidakperihatinan terhadap bantahan dan suara yang telah dilontarkan oleh penduduk daerah ini. Tindakan terburu-buru MDS sehingga membelanjakan RM 1 juta ( yuran penilaian kepada UTM ) dengan membelakangkan peruntukkan undang-undang sedia ada perlu dibongkar. Segala bentuk kepincangan, ketirisan dan kemungkinan penyelewengan yang diamalkan perlu didedahkan. Bagi JBPH-MDS ini merupakan satu proses kearah pembentukan sebuah kerajaan yang telus.

M Firdaus Mashoud
Penasihat Undang-undang

Jawatankuasa Bertindak Pemilik-pemilik Hartanah Majlis Daerah Segamat

0127189494
 
posted by dppk sekijang at 9:27 PM | Permalink |


0 Comments: