
Ini adalah rumah 1 tingkat.. 1 tingkat tau !
DULU : Nilai rumah RM 58 500 cukai yang dikenakan RM 321.76
SEKARANG : Nilai rumah RM 209 000 dan cukai yang dikenakan ialah RM 418.00
Tak de yang pelik dengan fakta ini melainkan nilai rumah yang melambung tinggi ! Pelik dan magisnya dapat dilihat melalui perbandingan dibawah ! ( Pastikan anda bukan pesakit jantung yang kronik kerana anda mungkin akan terperanjat dengan faktanya. Atau mungkin anda akan tertawa besar... bijak ! bijak ! )
DULU : Nilai rumah RM 94 800 cukai yang dikenakan RM 521.40
SEKARANG : Nilai rumah RM 181 000 dan cukai yang dikenakan ialah RM 362.00
dan nilai diatas adalah untuk rumah dibawah ini
Pelikkan tapi ini adalah benar bukan cobaaan !Nampak tak nilai rumah 1 tingkat mengikut taksiran baru bernilai RM 209 000 tetapi untuk rumah 2 tingkat... kira banglolah nilainya RM 181 000. Cukai rumah 1 tingkat RM 418.00 tetapi cukai rumah 2 tingkat ( banglo ) pula ialah RM 362.00 ( peliknya dlm keadaan cukai rumah tinggal, rumah tak berdinding dinaikkan rumah banglo diturunkan pula )
SO jika anda ingin membeli hartanah di Segamat nasihat yang boleh kami berikan ialah carilah rumah yang hampir runtuh dan kalau boleh cari saja kandang kambing kerana di Segamat nilai banggunan tinggal dan kecil lebih mahal daripada banggunan yang besar dan megah ! Ingat yer !